Sekali lagi aku lahir
Sebagai kesunyian
Di bawah relung kehidupan
Menjadi mata terhadap apa yang telahpun kamu saksikan
Aku yang di bawah
Sedang mereka di atas
Aku di atas terhadap mereka yang di bawah
Berpilin; sehingga longlai
Menyerah patah
Sekali lagi aku lahir
Sebagai kesunyian
Putus untuk tetap tinggal atau pergi
Mahu untuk terus atau memerhati
Sebagai kelahiran-kelahiran terdiam
Sekali lagi aku lahir
Sebagai kesunyian
Yang tak terpeduli
No comments:
Post a Comment